Wednesday, 14 November 2012

Apa itu PBS?


Apa itu PBS?

PBS ialah penilaian berasaskan sekolah. Ini bermaksud guru memegang 40% markah bagi setiap pelajar yang akan dibawa dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5. Tingkatan 5 akan ada SPM. Setakat ini perancangan PBS adalah hanya hingga tingkatan 3.


Bagi subjek seperti PJK, 100% markah adalah bergantung pada guru.

Penilain berasaskan sekolah adalah mengikut BAND. Pelajar akan dinilai mengikut keupayaan mereka setelah guru membentuk kemahiran kepada pelajar.

Contohnya.. Band 1, bermaksud pelajar TAHU. Sekiranya pelajar lepas BAND ini pelajar akan diberi markah band 1. Band 2, tahu dan faham, Band 3, tahu,faham dan amal. Hinggalah Band 6, dimana pelajar boleh mengaplikasikan kemahiran itu dan memberi kefahaman menggunakan kemahiran itu kepada orang lain dengan kreatif.

Contoh: Band 1.

Mengenali peralatan seni lukis. contoh: tahu itu adalah berus lukisan.

Contoh Band 2.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis itu. Contoh itu adalah berus lukisan dan tahu kegunaannya.

Contoh Band 3.

Mengenali dan memahami tentang peralatan seni lukis dan tahu menggunakannya. Contoh, tahu menggunakan berus lukisan untuk melukis, bukannya untuk digunakan membaling pada kawan sebelah.hehe.

Dalam bahasa, kemahiran asas adalah lebih luas lagi. Setiap kali selepas topik yang diajar berakhir, guru akan memberi latihan untuk mengenal pasti samada pelajar tersebut menguasai kemahiran itu, dan lepas tu guru akan key in secara online, bahawa pelajar ini dah menguasai kemahiran itu. Dia akhir tahun, semua kemahiran yang disempurnakan oleh pelajar akan dirumuskan oleh sistem lembaga peperiksaan dan akan diletakkan band yang sesuai.

Bagi bidang bahasa, ada 60% markah yang datang melalui tugasan untuk PBP, iaitu penilaian berasaskan pusat. Pelajar akan diberi tugasan mengikut tempoh tertentu, dan markah akan dihantar kepada pusat, masa ni guru akan dilawat oleh pegawai-pegawai dari Lembaga Peperiksaan untuk markah pelajar distandardkan.

Ini bermaksud..kalau pelajar tak datang sekolah..pada waktu-waktu penting tu, pelajar takkan dapat menyiapkan tugasan..dan akan merendahkan BAND pelajar. Jadi, jika anak anda suka ponteng sekolah..tahniah diucapkan.

Pada ibu bapa? Sedialah menerima perubahan

Prinsip Pentaksiran berasaskan Sekolah
  1. Pelaporan Verbal / Bertulis
  2. Bentuk Sumatif
  3. Bentuk Formatif
  4. Semua Mata pelajaran
  5. Sepanjang Tahun
  6. Dilaksanakan Oleh Guru Mata Pelajaran

No comments:

Post a Comment